Kali ini saya ingin berkongsi cara membina template blog yang menarik. Bagi yang belum memiliki blog sendiri, sila klik di sini untuk mendaftar. Hanya memerlukan tiga langkah mudah untuk menjadi blogger. Semoga berjaya!
Baiklah, kita teruskan tutorial penukaran template blogger.
1. Download template blog (fail .xml). Berikut adalah senarai templat blogger percuma;
- eblogtemplates.com <– saya paling suka!!
- templatepanic.com
- Hoctro.blogspot
- the-blogger-templates.blogspot
- daleclick-templates.blogspot
- freecsstemplates.org
- blogger-templates.blogspot
- blogspottemplate.com
- freetemplates.blogspot
- blogger-themes.blogspot
- btemplates.com
- savatoons.com
- blogtemplates.noipo.org
- finalsense.com
- blogcrowds.com
- jackbook.com
- templates.arcsin.se
- blogger-skin-resources.blogspot
- pannasmontata-templates.net
- free-bloggertemplates.blogspot
2. Ekstrak fail jika perlu.
3. Selamatkan semua code pada layout.
Dari Dashboard blog > Layout. Code HTML yang pernah anda masukkan seperti kod chat box, hit counter, dan lain-lain perlu disimpan terlebih dahulu kerana pertukaran template akan merosakkan/ membuang kod html pada Layout. Klik Edit, salin, dan simpan kod.

4. Mulakan pertukaran template.
Dari Dashboard blog > Layout > Edit Html. Jika mahu, klik Download Full Template dahulu untuk simpan template asal blog anda (fail .xml). Langkah berjaga-jaga jika ada kesilapan selepas ini, anda boleh guna template ini kembali. OK?
5. Klik Browse dan Upload.
Masukkan template yang anda download sebentar tadi dengan klik Browse dan masukkan template (fail .xml). Kemudian klik Upload. Ingat!! Jangan salin kod dari fail .xml itu dan tampal pada kotak putih yang tertera. Bagi penukaran template, cara ini SALAH dan hasilnya memang tidak sama dengan kaedah upload. Template berkemungkinan tidak dapat disimpan (save).
6. Save Template.
Klik Save Template untuk penukaran template baru. Jika tiada masalah semasa proses ini, selalunya anda akan ditanya (tulisan berwarna merah) untuk membuang beberapa kod HTML pada blog asal anda. Ini bermaksud, beberapa kod html pada layout asal (seperti yang diterangkan dalam langkah 3) dibuang! Jadi, jangan terkejut jika beberapa komponen yang anda masukkan sebelum ini hilang! Saya sudah suruh simpankan?
Ada masalah? Template masih tidak berjaya disimpan dan keluar pernyataan “Bc_ _ _”. Ada kesilapan kod pada fail .xml itu! Pada atas kotak putih, klik Expand Widget Templates. Cari lokasi kesilapan dan betulkan. Selalunya ada kod html yang tidak bertutup.
Alamak, syok sendiri nampaknya (huhu). Ada apa-apa soalan? Tutorial di atas hanya asas. Nak tukar kepada gambar sendiri? Nak tambah widgets lain?
Emm…
Jadi cikgu blog. Bagus jugak tu.
Hampir-hampir rosak blog yang dibuat apabila cuba menukar template sebelum ni. Nasib baik dapat dibetulkan balik.
June 1, 2008 @ 6:45 pmHa ha ha… Gud luck.
kalau boleh, buat satu blog baru utk testing shj. kalau dah jadi bru test kat primary blog. boleh je terus test kat primary blog, tapi jgn tinggal step ke3..
ye, ma’a taufiq wan najah..
June 6, 2008 @ 2:13 amsalam, ana blajar ubah template macam yg nti ajar ni. tapi tak bace abis lagi waktu tu & sekrang ana tanggung padahnya. semua java script ana dah hilang. sedis rase..takpe la, amik pengajaran. blajar kene ikut step & biar habis baru aplikasi..
June 12, 2008 @ 4:40 pmwaalaikumusalam, akhi Abd Ghafar..
huhu. tak mengapalah. sy bleh buat tulisan ini pon sbab sy dah melalui semua tu. huhu.
bagi sy.. orang yg hebat adalah org yg boleh kurangkan kesilapan dgn tidak mengulang kesilapan yg dbuat org lain.. wah^^
June 12, 2008 @ 9:17 pminsyaAllah…syukran. skrg tgh blajar buat ‘read more’ plak. rumit gak..
June 13, 2008 @ 10:49 amassalamualaikum,
July 28, 2008 @ 12:57 amainey
saya cuba beberapa kali tapi masih gagal dapat template yg saya suka huhguhu
waalaikumusalam, zie..
huhu.. gagal mcam mana tu? tak leh pasang ye.. nak sy tolong ke?
bagi saya link templat blogger tu. kalu takde aral sy try buat. insyaAllah.
July 28, 2008 @ 2:13 amainey,
August 4, 2008 @ 1:01 amsaya cuba wat template yg cantek2 tapi gagal lah..ala yg ainey link kan dalm blog ainey tuh..yang atas sekali…eblogtemplates.com.
jenis aspire…
zie..
sy dah try template tuh, klik sini kalau nak tgk. http://aineytest.blogspot.com/
fail .xml tu takde kesilapan. kalau donlod step by step ikut post nh msti xde mslah nak upload. huhu.. cuma, lepas brjaya upload, format tarikh kena tukar. caranya :
pegi Layout-> Settings-> Formatting -> Timestamp Format. tukar kepada “Tuesday, 5 August 2008″ (sebelum ini adalah “08:14 AM”)
ganbatte!
August 4, 2008 @ 5:22 pmala xbleh nk savela code tu xkuar pn koz skrg blog dah len uwaaaaa…
November 28, 2008 @ 3:34 amcmner nk wat ni?